:::: Selamat Datang ::: Ke Laman Blog Persenel saya, UstDee NDr. Saya Ejen berdaftar dengan Great Eastern Takaful Berhad [GETB] di bawah Group Wise Legacy [WL], Tuan/ Puan/ Cik/ Datuk/ Datin/ Dato’/ Tan Sri/ Puan Sri, boleh berhubung dengan saya pada talian HOTLINE 011-1009 5423 :::: SEKIRANYA berminat untuk menjadi sebahagian Ejen GETB pun silalah berhubung dengan saya juga ....

MEDIKAL KAD EVO GETB : EXTENDED TILL 31 DEC 2023


ALHAMDULILLAH
, pengurusan tertinggi di GETB melanjutkan promosi sehingga 31 Dec 2023. Boleh sign up sekarang. Jangan bertangguh. 

Nanti akan menyesal. Sebab bermula Januari 2024, harga semua medikal kad akan di REPRICING. Peningkatan caruman akan anda RASAI.

UstDee, NDr.

BOLEH APPLY TAPI.... ADA SYARAT


"Saya dah dah ada kecing manis dan darah tinggi, boleh apply medikal kad tak?"

Tak ada masalah. Boleh je kalau nak apply tetapi tiada jaminan untuk approve disebabkan sejarah kesihatan yang tak baik. Dia macam kita nak apply loan bank, bila profile kita dah tak cantik susah loan tu nak approve.

Untuk kes2 special macam ni, kena bersedia untuk 4 perkara ni: 
  1. Loading - akan ada tambahan pada caruman bulanan bergantung pada assesment operator takaful.
  2. Postpone - permohonan akan ditangguhkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  3. Exclusion - sakit sedia ada akan dikecualikan dari skop perlindungan polisi takaful.
  4. Decline/Reject - permohonan takaful ditolak.

Selain itu, proses permohonan takaful akan menjadi rumit bila mana operator takaful akan buat pelbagai inquiry seperti:
1. Medical check up
2. Laporan2 kesihatan/rawatan
3. Soal selidik

Untuk elakkan semua ni berlaku, saya sarankan kita apply takaful semasa kita masih sihat. Kita ni manusia, makin berumur makin lemah badan kita. Risiko untuk jatuh sakit tu tinggi.

Fikir baik2, jangan tangguh2.

MEDIKAL KAD FROM GETB


Saudaraku,

Perjalanan hidup setiap hamba Allah itu berbeza-beza. Ada yang panjang ke ratus tahun, ada yang singkat ke angka hari.

Maka pergunakanlah nilai masa yang kita ada. Masa senang sebelum susah, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit & hidup sebelum mati..untuk membahagiakan siapa sahaja yang sudah berkongsi susah-senang dengan kita.

Permudahkan urusan mereka supaya Allah mempermudahkan urusan kita.

Hadiahkan mereka gantian kepada nafkah yang kita mampu berikan semasa hayat.. saat kita tidak lagi mampu memberi.

Sediakan mereka tempat berteduh saat hujan & bah.
Sediakan mereka tempat berlindung saat kemarau panjang.

HIBAH lah..anda mampu mengubahnya.

UstDee NDr
Perunding Takaful GETB
wasap.my/60182453824/HibahNova

HIBAH, WASIAT & FARAID


𝐖𝐀𝐒𝐈𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐑𝐀𝐈𝐃 𝐓𝐀𝐊 𝐂𝐔𝐊𝐔𝐏 𝐊𝐄? 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈 𝐍𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐇𝐈𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋

Wasiat, faraid dan hibah ni adalah jenis perancangan harta dalam Islam. Ketiga-tiganya mempunyai mekanisme berbeza untuk kategori penerima yang juga berbeza.

Wasiat adalah di mana seseorang itu memberikan hartanya selepas kematiannya kepada bukan waris dan ia tertakluk kepada 1/3 daripada nilaian hartanya ketika dia meninggal dunia.

Maknanya, jika seseorang itu mempunyai harta bernilai RM900,000, maka nilai maksimum yang boleh diwasiatkan adalah RM300,000.

Penerima wasiat pula ialah mereka yang tidak berhak mewarisi harta pusaka seseorang itu melalui faraid. Maknanya, wasiat tidak boleh dibuat kepada suami/isteri, anak-anak, ibu bapa dan sebagainya. Kenapa ada “dan sebagainya”? Kerana dalam keadaan tertentu, adik beradik boleh menjadi waris yang layak faraid dan dalam keadaan yang lain, adik beradik boleh menjadi penerima wasiat.

Faraid pula adalah jaminan hak waris-waris tertentu seperti ibubapa, suami/isteri dan anak-anak ke atas harta peninggalan simati. 

Bahagian bagi setiap waris sudah ditetapkan, contohnya seorang isteri adalah berhak kepada 1/8 daripada nilaian harta yang ditinggalkan oleh suami. Bermakna, jika si suami meninggalkan harta bernilai RM1juta, maka hak seorang isteri menurut faraid adalah RM125,000. Hak faraid tidak boleh dituntut oleh mereka yang tidak termasuk dalam kategori waris yang layak faraid. Sebagai contoh, jika simati mempunyai anak lelaki, maka adik beradik simati tidak berhak untuk menuntut bahagian mereka melalui faraid.

Hibah pula adalah hadiah yang diberikan oleh seseorang itu kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Ia bermakna, hibah boleh diberikan kepada waris dan juga bukan waris.

Hibah takaful adalah hibah bersyarat yang mana syarat penyerahan hibah itu adalah apabila pemberi hibah meninggal dunia.

Jika dilihat contoh faraid tadi, seorang isteri mempunyai hak sebanyak 1/8 daripada nilaian harta yang ditinggalkan oleh suaminya. Jika suami meninggalkan RM1juta, maka hak isteri adalah RM125,000 daripada RM1juta yang ditinggalkan. 

Adakah cara lain yang mana siisteri boleh mendapat lebih daripada 1/8 bahagian? Ya ada, iaitu dengan persetujuan waris yang lain untuk melepaskan hak mereka dan memberikannya kepada siisteri tadi. Walaupun ini boleh berlaku tetapi sebagai suami dan pemilik harta semasa hidup, sisuami tidak mempunyai kawalan ke atas perkara tersebut kerana pada ketika itu beliau sudahpun meninggal dunia.

Wang RM125,000 yang diwarisi oleh seorang isteri itu dijangka hanya mampu bertahan selama 2 tahun sahaja jika dibelanjakan sebanyak RM5,000 sebulan. 

Maka apa pilihan yang seorang suami ada untuk memberikan lebih daripada 1/8 daripada hartanya kepada isterinya? Nak wasiat pun tak boleh juga.

Maka di sinilah hibah takaful itu boleh digunakan. 

Jika seorang suami menyediakan hibah RM1juta buat isterinya, maka siisteri akan menerima RM1juta wang hibah takaful + RM125,000 bahagian faraid beliau. Maka dengan wang sebanyak RM1.125juta yang diterimanya, InsyaAllah ia akan mampu bertahan selama 16 tahun.

Itulah sebabnya anda perlu menyediakan hibah takaful walaupun sudah ada wasiat dan faraid dalam perancangan harta dalam Islam.

UstDee NDr 
Perunding Takaful GETB 
Great Eastern Takaful Berhad
23.6.2023

JOM BERTAKAFUL

GREAT EASTERN TAKAFUL BERHAD (GETB) ialah syarikat usaha sama antara i Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Tentera (M) Berhad.

Perlindungan Takaful Komprehensif | Great Eastern Takaful

Anda risau memikirkan masa depan anda? 

Anda risau tentang kos rawatan dan kos perubatan yang semakin meningkat setiap tahun? 

Anda seorang majikan dan anda mahu melindungi perniagaan dan juga pekerja anda? 

Anda mahu membeli rumah, kereta atau mengembara ke seluruh pelusuk dunia? 

Anda sudah mempunyai keluarga dan tanggungan dan anda risau akan nasib mereka jika apa-apa terjadi pada anda? 

Anda mahu bersara tak lama lagi tetapi anda risau jika anda perlu mengubah gaya hidup anda selepas bersara?

Jika anda menjawab YA pada salah satu atau lebih soalan di atas. Maka anda adalah orang yang kami ingin bantu.

Dalam situasi yang serba mencabar ini, amat penting untuk kita semua membuat persiapan supaya dapat menjalani saat-saat sukar di masa akan datang tanpa rasa risau dan bimbang. Bak kata pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan” dan juga “malang itu tidak berbau”. 

Ada eloknya jika kita membuat persiapan yang cukup demi keselesaan di masa akan datang. Kita mungkin tidak mampu mengawal apa yang terjadi pada hari esok, tapi dengan persediaan dalam bentuk perlindungan takaful, kita boleh berlapang dada mengetahui terdapat aspek dalam hidup kita yang dilindungi.

Situasi dan keutamaan setiap manusia adalah berbeza. Cabaran yang dihadapi juga tidak sama. Anda mungkin sudah berkeluarga dan bertanggungjawab sepenuhnya atas keluarga anda. Anda mungkin seorang majikan yang mengupah pekerja di bawah anda. Anda mungkin seorang graduan yang baru mendapat kerja dan ingin mula menyimpan supaya dapat membeli aset yang anda inginkan. 

Anda mungkin mahu mendapat rawatan terbaik jika anda ditakdirkan cedera atau jatuh sakit. Anda juga mungkin akan bersara tidak lama lagi dan mahukan pelan persaraan terbaik untuk anda menjalani hari tua anda.

Sebab itulah, tak kira siapa pun anda dan apa jua prioriti anda, kami di Great Eastern Takaful menawarkan anda akses kepada pelbagai jenis pelan perlindungan takaful yang disesuaikan khusus mengikut keutamaan dan juga keperluan anda supaya dapat membantu anda melindungi apa sahaja perkara terpenting dalam hidup anda tak kira dalam apa jua situasi.

Saya ialah UstDee, NDr. Perunding Takaful GETB [boleh hubungi saya terus di wasap.my/60182453824/Ask4GETB] yang berdaftar dengan Great Eastern Takaful Berhad [GETB], akan membantu ada dalam menyediakan Konsultasi terbaekkk untuk anda dalam ;
· Memahami Produk-produk takaful.
· Jenis-jenis takaful Tradisional / Investment
· Medikal Kad [Stand Alone/ Komprehensif]
· Hibah Takful
· dan lain-lain lagi…

.

Tuan/ Puan/ Cik boleh bertanyakan apa jua yang berkaitan Plan takaful di GETB yer. Insya Allah saya akan memberikan jawapan yang terbaek.

Jika berkesempatan untuk membaca, boleh sahaja click link dan teruskan bacaan anda…

  1. Takaful Keluarga : https://www.greateasterntakaful.com/bm/takaful-individu/produk-kami/takaful-keluarga.html
  2. Takaful Kesihatan : https://www.greateasterntakaful.com/bm/takaful-individu/produk-kami/perlindungan-kesihatan.html
  3. Takaful Simpanan Masa Depan : https://www.greateasterntakaful.com/bm/takaful-individu/produk-kami/matlamat-masa-depan.html
  4. Takaful Simpanan dan Pelaburan : https://www.greateasterntakaful.com/bm/takaful-individu/produk-kami/pengumpulan-kekayaan.html
  5. Takaful Atas Talian : https://www.greateasterntakaful.com/bm/takaful-individu/produk-kami/dapatkan-pelan-langsung.html

 

KEPENTINGAN TAKAFUL:

Takaful bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan dalam kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.



HUBUNGI SAYA UNTUK SIGN UP POLICY.

· Details diperlukan HANYA:
· DOB/ No MyKad
· Jenis pekerjaan
· Merokok/ Tidak [Vape pun perlu dinyatakan]